Sunday, 24 May 2015

PENDAFTARAN SYARIKAT NUR FAMILY TRAVEL & TOURS

Syarikat kami merupakan syarikat yang berdaftar di bawah kementerian pelancongan Malaysia. Justeru itu, tiada penipuan dari syarikat kami untuk setiap pakej.


Thursday, 21 May 2015

HOMESTAY DI SEGAMAT

Homestay ini beralamat di segamat dengan menyediakan 4 bilik tidur beserta 3 bilik air. Homestay yang selesa dan luas ini mempunyai penghawa dingin setiap bilik beserta televisyen untuk para pelanggan yang ingin bersantai. sebarang tempahan sila hubungi ibu pejabat kami atau nombor telefon tertera di bawah ini.




Tuesday, 19 May 2015

Melayu disaran buat pelaburan dalam bidang hartanah


Perasmian Nur Family Di Wisma baru


SEGAMAT 30 Sept. - Orang Melayu di daerah ini disaran lebih bijak membuat pelaburan dan digalakkan melabur dalam bidang hartanah kerana mampu memberi pulangan berlipat ganda selain dapat menambah jumlah ekuiti orang Melayu di bandar Segamat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, orang Melayu harus bijak mengembangkan modal dan berani berusaha serta meneroka bidang baharu seperti pelaburan hartanah untuk berjaya.
"Kerajaan telah menyediakan pelbagai ruang dan peluang kepada bumiputera mencapai kejayaan setanding kaum lain di negara ini termasuk yang terbaharu pelan Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
"Namun, segala kemudahan yang disediakan kerajaan tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya orang Melayu tidak berusaha merebut peluang yang ada untuk memajukan ekonomi sendiri," katanya ketika berucap merasmikan bangunan Nur Family Travel & Tour, dekat sini semalam.
Dalam pada itu, katanya, sudah tiba masanya semua pihak berusaha 'membandarkan' orang Melayu dengan cara menambah pemilikan kaum itu di kawasan bandar Segamat.
Menurut Ayub, terdapat beberapa bidang tanah milik jabatan kerajaan di sekitar bandar Segamat yang tidak dibangunkan dan harus diserahkan kembali kepada kerajaan negeri supaya dapat dibangunkan sebagai kawasan penempatan oleh agensi seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
sumber: utusan online

UMRAH MEI-JUN 2013













PAKEJ BANDUNG JAKARTA 2015


Pakej Bandung 2015


WAKTU OPERASI



WAKTU OPERASI:

HARI   : Isnin - Sabtu
MASA : 9.00 Pagi - 5.30 Petang
*SABTU (9.00 Pagi - 1.00 Petang)
**AHAD CUTI **