Kami turut menawarkan Pakej Outbond iaitu melancong ke Luar negara seperti ke Benua Eropah, Benua Asia (Asia Timur,Asia Barat,Asia Selatan)serta negara-Negara Asean termasuk Singapura, Mynmar,Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Thursday, 5 September 2013
Pakej Umrah & Ziarah 2013
Berikut adalah pakej yang telah dirancang. Sebarang pertanyaan sila berhubung pada number yang telah diletakkan didalam Flyers yang disertakan.
Pakej Umrah & Ziarah
- Berikut adalah gambaran awal aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan oleh setiap jemaah haji atau umrah sama ada pada musim haji atau bukan.
- HARI 01 : KUALA LUMPUR – JEDDAH - MADINAH
- Jemaah berkumpul di pekarangan rumah Nur Family sebelum berlepas ke LCCT Subang.
- Menaiki kapal terbang (Air Asia/Saudi Airlines) ke Jeddah.
- Jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pegawai pembimbing untuk check-in hotel yang ditetapkan di Madinah.
- HARI 02 : MADINAH (ZIARAH DALAM)
- Ziarahi Makam Rasulullah serta sekitar Raudhah
- Perkuburan Baqi’.
- Ziarah Dalam
- HARI 03 : MADINAH (ZIARAH LUAR)
- Melawat tempat percetakan Al-Quran
- Menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Madinah seperti Masjid Quba’, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain dan pasar kurma.
- Aktiviti beribadat (bebas).
- Ziarah Luar
- HARI 04 : MADINAH - MAKKAH
- Ziarah wida Rasulullah.
- Berlepas ke Makkah menaiki bas dan singgah di Bir Ali untuk berniat ihram umrah yang dibantu oleh mutawwif.
- Check-in hotel (Makkah)
- Jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah.
- HARI 05 : MAKKAH
- Aktiviti bebas dan boleh melakukan ibadah sendiri.
- HARI 06: MAKKAH
- enziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina.
- Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah.
- HARI 07 : MAKKAH
- Acara bebas, jemaah boleh melakukan ibadah sendiri.
- HARI 08 : MAKKAH
- Bertolak ke Ladang Unta
- Bermiqat Umrah di Hudaibiyah
- Menziarahi Muzium Makkah(sekiranya mendapat keizinan).
- HARI 9 , 10 , & 11 : MAKKAH
- Aktiviti bebas.
- HARI 12 & 13 : MAKKAH – JEDDAH - KLIA
- Tawaf wida yang akan dibimbing oleh Mutawwif.
- Penerbangan ke LCCT.
- "SELAMAT PULANG DENGAN UMRAH MAQBULLAH"
- Sebarang perubahan akan di beritahu.
- Tempat turun jemaah juga bergantung kepada Tarikh penerbangan samada ada turun ke Jeddah atau Makkah.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)