Jom umrah bersama kami!!Pakej ini terhad.
Tuesday, 7 July 2015
Sunday, 24 May 2015
PENDAFTARAN SYARIKAT NUR FAMILY TRAVEL & TOURS
Syarikat kami merupakan syarikat yang berdaftar di bawah kementerian pelancongan Malaysia. Justeru itu, tiada penipuan dari syarikat kami untuk setiap pakej.
Thursday, 21 May 2015
HOMESTAY DI SEGAMAT
Homestay ini beralamat di segamat dengan menyediakan 4 bilik tidur beserta 3 bilik air. Homestay yang selesa dan luas ini mempunyai penghawa dingin setiap bilik beserta televisyen untuk para pelanggan yang ingin bersantai. sebarang tempahan sila hubungi ibu pejabat kami atau nombor telefon tertera di bawah ini.
Tuesday, 19 May 2015
Melayu disaran buat pelaburan dalam bidang hartanah
Perasmian Nur Family Di Wisma baru
SEGAMAT 30 Sept. - Orang Melayu di daerah ini disaran lebih bijak membuat pelaburan dan digalakkan melabur dalam bidang hartanah kerana mampu memberi pulangan berlipat ganda selain dapat menambah jumlah ekuiti orang Melayu di bandar Segamat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, orang Melayu harus bijak mengembangkan modal dan berani berusaha serta meneroka bidang baharu seperti pelaburan hartanah untuk berjaya.
"Kerajaan telah menyediakan pelbagai ruang dan peluang kepada bumiputera mencapai kejayaan setanding kaum lain di negara ini termasuk yang terbaharu pelan Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
"Namun, segala kemudahan yang disediakan kerajaan tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya orang Melayu tidak berusaha merebut peluang yang ada untuk memajukan ekonomi sendiri," katanya ketika berucap merasmikan bangunan Nur Family Travel & Tour, dekat sini semalam.
Dalam pada itu, katanya, sudah tiba masanya semua pihak berusaha 'membandarkan' orang Melayu dengan cara menambah pemilikan kaum itu di kawasan bandar Segamat.
Menurut Ayub, terdapat beberapa bidang tanah milik jabatan kerajaan di sekitar bandar Segamat yang tidak dibangunkan dan harus diserahkan kembali kepada kerajaan negeri supaya dapat dibangunkan sebagai kawasan penempatan oleh agensi seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
sumber: utusan online
Labels:
pakej
,
Pakej Informasi
WAKTU OPERASI
WAKTU OPERASI:
HARI : Isnin - Sabtu
MASA : 9.00 Pagi - 5.30 Petang
*SABTU (9.00 Pagi - 1.00 Petang)
**AHAD CUTI **
HOTEL DI MAKKAH DAN MADINAH
HOTEL DI MAKKAH
Hotel di Makkah, kami menggunakan perkhidmatan HOTEL LULUAT DHIOF AL RAHMAN. Perjalanan dari hotel ke Masjidil Haram hanya 380 meter sahaja.Dengan para jemaah hanya berjalan kaki, memudahkan untuk bakal jemaah menunaikan solat setiap masa.
sumber: LULUAT DHIOF AL RAHMAN HOTEL,MAKKAH
HOTEL MADINAH
Hotel di Madinah kami menggunakan perkhidmatan HOTEL AL FAIROZ SHATTA sebagai tempat penginapan bakal jemaah yang akan menginap di madinah. Jarak Hotel dengan Masjid Nabawi hanya 50 meter sahaja. Sepanjang menuju ke ke masjid Nabawi, jemaah boleh mencuci mata dengan penjualan pelbagai barang oleh peniaga di persisiran jalanan.
**KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:
~syarikat kami menyediakan kerusi roda untuk bakal jemaah yang tidak berkemampuan untuk berjalan ke masjid
~Syarikat kami menyediakan perkhidmatan pembantu untuk menunaikan umrah untuk bakal jemaah yang tidak berkemampuan berjalan
~Kemudahan wifi 24 jam
~Mutawwif yang tetap beserta pegawai pengurusan umrah di Makkah dan Madinah
~Menyediakan perkhidmatan teksi untuk bakal jemaah yang ingin ke klinik atau hospital
~Penyediaan perkhidmatan kebajikan dari Tour Leader yang menjalankan tugas selama 24 jam
Monday, 18 May 2015
Sunday, 17 May 2015
PERKHIDMATAN VISA DAN TIKET
VISA LUAR NEGARA
syarikat NFTT menyediakan perkhidmatan pengurusan visa untuk ke luar negara.Dengan perkhidmatan ini, para pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk menguruskan visa ke luar negara. Setiap visa yang dipohon bukan dari daerah segamat, pihak kami akan menghantar menggunakan pos laju. Visa yang diuruskan akan mengambil masa waktu bekerja selama seminggu. Sebarang permohonan boleh hbungi ibu pejabat kami.
syarikat NFTT menyediakan perkhidmatan pengurusan visa untuk ke luar negara.Dengan perkhidmatan ini, para pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk menguruskan visa ke luar negara. Setiap visa yang dipohon bukan dari daerah segamat, pihak kami akan menghantar menggunakan pos laju. Visa yang diuruskan akan mengambil masa waktu bekerja selama seminggu. Sebarang permohonan boleh hbungi ibu pejabat kami.
TIKET
PROFIL SYARIKAT
LATAR BELAKANG NUR FAMILY TRAVEL & TOURS
Nur Family Travel and Tours (NFTT) dengan nombor pendaftaran lesen (203681-M(KPL/LN:1203) adalah syarikat yang berstatus bumiputra dan berdaftar di bawah kementerian kewangan dan kementerian pelancongan telah ditubukan pada 20 Oktober 2011.
Dengan peningkatan dari segi faktor tambahan pelanggan, syarikat ini telah membina Wisma Nur Family Travel and Tours yang terletak di Lot 1084 KM4, Jalan Buloh Kasap 85000 Segamat Johor. Ia juga merupakan satu-satunya syarikat pelancongan yang menyediakan penerbangan terus menerusi Air Asia dan Saudi Arabian Airlines ke Mekkah bersempena dengan musim Haji & Umrah. Dengan wujudnya wisma ini, syarikat ini juga menyediakan homestay untuk pelanggan yang ingin menginap untuk sebarang aktiviti. Homestay yang disediakan bersebelahan dengan ibu pejabat NFTT.
OBJEKTIF
Objektif penubuhan syarikat NFTT adalah untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan dalam bidang pelancongan ke peringkat antarabangsa di samping memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan kepada para pelanggan dengan harga pakej yang murah dan mampu dibayar oleh setiap pelanggan.
MISI
Misi kami adalah untuk menyediakan pakej pelancongan yang selesa, selamat, serta makanan halal pada harga yang paling kompetitif serta mengutamakan kepuasan pelanggan.
VISI
Menjadi agen pelancongan terbaik di Segamat yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan di dalam dan di luar negara.
E-Mail:
info_nurfamily@yahoo.com
nurfamilytravelandtours@gmail.com
Laman Web/Blogspot:
CutiMalaysiaHoliday.com
Thursday, 14 May 2015
UMRAH APRIL 2012
pada bulan April sekali lagi perkhidmatan Nurfamily digunakan untuk membawa jemaah umrah ke tempat suci sekali lagi.Dengan peningkatan jemaah yang mendaftar menunjukkan kepercayaan kepada Nurfamily ini.terima kasih diucapkan. segala gambar lebih lanjut boleh didapati dari facebook kami, https://www.facebook.com/nurfamilytraveltours
Labels:
Galeri
UMRAH MAC 2012
Permulaan umrah telah dijalankan pada tahun 2012 seramai 40 orang jemaah yang terlibat dengan menggunakan perkhidmatan Nurfamily Travel and Tours.Gambar boleh didapati dari facebook kami https://www.facebook.com/nurfamilytraveltours
Labels:
Galeri
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)