Sunday 2 February 2014

To-Do-List (Siri 1)

Mempunyai banyak wang yang mencukupi amat penting di samping budget untuk travel plan masing-masing. Kalau bercuti bersama keluarga tentulah budgetnya lebih berbanding cuti jenis backpackers. Ini terpulang pada 'Percutian Ideal' masing-masing. Asingkan duit untuk bercuti ke dalam tabung khas. Sebelum melancong pelbagai persiapan yang harus dilakukan bagi mengelak sebarang masalah yang timbul. Antaranya:

Survey / Cari maklumat
Bakal pelancong haruslah mencari sebarang maklumat yang berkaitan seperti maklumat destinasi, harga tiket pengangkutan dan tempat-tempat menarik yang ingin dilawati. Dengan ini juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan bagi para pelancong. Selepas mencari maklumat, para pelancong boleh merangka budget perbelanjaan.
Pada hari minggu, kebanyakan pusat pelancongan akan sesak (peak hour) dan menyebabkan ketidakselesaan. Harga dan caj yang dikenakan lebih mahal berbanding hari biasa. Keadaan musin\m juga perlu diambil kira. Ini kerana, kebiasaannya di Europe ada tempat-tempat yang ditutup ketika musim salji / winter season.


Pakej Promosi
Untuk promosi pelancongan, cuba lihat promosi oleh Negara yang kebetulan mengadakan tahun melawat Negara/Tempat tersebut. Contohnya Tahun Melawat Malaysia 2014 banyak diadakan acara menarik yang disampingnya terdapat promosi pakej pelancongan yang menarik. 



Agensi Pelancongan
Ada juga pelancong yang suka membuat travel plan sendiri namun bagi memudahkan/ menyenangkan rancangan percutian, ada yang memilih untuk menggunakan agensi pelancongan lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali ke destinasi. Ini bagi mengelakkan diri daripada ditipu atau membuang masa  untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Bagi percutian berkumpulan, ini menjimatkan kos perjalanan apabila berkongsi kos contohnya bas/van.


Tarikh Sesuai
Memastikan tarikh yang dipilih sesuai dan tidak bertindih dengan aktiviti-aktivit lain. Sebaiknya tarikh
tersebut hendaklah dirancang tiga bulan awal selain menyiapkan tugasan yang patut sebelum bercuti.

 Tempahan Awal
Tempahan awal tiket perjalanan bagi mengelakkan tiket kehabisan. Biasanya harga tempahan saat-saat akhir adalah mahal berikutan permintaan yang tinggi. Namun jika nasib baik, anda juga mungkin dapat harga yang lebih murah dari harga biasa. Bagi tempahan hotel contohnya pada saat akhir, terdapat website yang menawarkan harga murah. Bagi mereka, lebih baik ada yang menginap daripada tiada langsung. Tapi ini adalah risiko yang mungkin berbaloi.



No comments :

Post a Comment