Mempunyai
banyak wang yang mencukupi amat penting di samping budget untuk travel plan masing-masing. Kalau bercuti
bersama keluarga tentulah budgetnya lebih berbanding cuti jenis backpackers. Ini terpulang pada
'Percutian Ideal' masing-masing. Asingkan duit untuk bercuti ke dalam tabung
khas. Sebelum melancong pelbagai persiapan yang harus dilakukan bagi mengelak
sebarang masalah yang timbul. Antaranya:
Survey
/ Cari maklumat

Pada
hari minggu, kebanyakan pusat pelancongan akan sesak (peak hour) dan
menyebabkan ketidakselesaan. Harga dan caj yang dikenakan lebih mahal
berbanding hari biasa. Keadaan musin\m juga perlu diambil kira. Ini kerana,
kebiasaannya di Europe ada tempat-tempat yang ditutup ketika musim salji /
winter season.
Pakej
Promosi

Agensi
Pelancongan
Ada
juga pelancong yang suka membuat travel plan sendiri namun bagi memudahkan/ menyenangkan
rancangan percutian, ada yang memilih untuk menggunakan agensi pelancongan
lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali ke destinasi. Ini bagi mengelakkan diri
daripada ditipu atau membuang masa untuk
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Bagi percutian berkumpulan, ini
menjimatkan kos perjalanan apabila berkongsi kos contohnya bas/van.
Tarikh
Sesuai
Memastikan
tarikh yang dipilih sesuai dan tidak bertindih dengan aktiviti-aktivit lain.
Sebaiknya tarikh
tersebut hendaklah dirancang tiga bulan awal selain menyiapkan
tugasan yang patut sebelum bercuti.
Tempahan Awal
Tempahan
awal tiket perjalanan bagi mengelakkan tiket kehabisan. Biasanya harga tempahan
saat-saat akhir adalah mahal berikutan permintaan yang tinggi. Namun jika nasib
baik, anda juga mungkin dapat harga yang lebih murah dari harga biasa. Bagi
tempahan hotel contohnya pada saat akhir, terdapat website yang menawarkan
harga murah. Bagi mereka, lebih baik ada yang menginap daripada tiada langsung.
Tapi ini adalah risiko yang mungkin berbaloi.
No comments :
Post a Comment